KORANG BOLEH IKUT CARA NI KALAU CHARGING-PORT PHONE KORANG ADA PROBLEM...

 

Sesetengah orang sering menghadapi masalah charging-port pada peranti masing-masing. Tak kira model phone apa pun, masalah charging-port tak pernah terkecuali dalam mana-mana masalah phone.

Masalah yang sering terjadi bila charging-port bermasalah ni antaranya cas tak masuk, cas masuk lambat atau yang paling teruk sekali, cas langsung tak masuk. Puncanya boleh jadi punca kecil yang boleh diatasi dengan mudah tapi kalau dah memang betul rosak maknanya kena la hantar kedai untuk check.

Namun untuk pastikan charging-port phone korang tu rosak apa kata korang check sendiri dulu supaya tak rugi modal untuk belanja repair. Boleh ke tak boleh?

Apa yang korang boleh buat untuk check charging-port phone ada masalah atau tak?

1) Bersihkan lubang charging-port

Cara yang paling simple pada peringkat awal untuk mencari masalah charging-port ni adalah membersihkan lubang charging-port pada phone korang. Ini sangat penting kerana untuk pastikan tiada kotoran atau habuk yang terkumpul dalam lubang charging-port.

Jangan sesekali gunakan objek seperti pencungkil gigi atau besi-besi kecil untuk membersihkan habuk atau kotoran pada lubang charging-port kerana tindakan tersebut boleh merosakkan charging-port.

2) Periksa cable charger

Kadang-kadang cable charger juga boleh jadi punca kita panik memikirkan masalah charging-port. Ada juga antara kita yang selalu guna cable yang murah dan tidak berkualiti untuk cas phone.

Untuk periksa jika cable charger korang yang menjadi punca, test dahulu guna cable yang lain untuk memastikan charging-port anda berfungsi dengan baik. Kadang kala, masalah charging-port ni tidak berpunca dari charging-port yang bermasalah, malah cable yang tidak berkualiti juga menjadi punca.

Jika korang dapati cable yang bermasalah, segeralah tukar kepada cable yang lebih berkualiti.

3) Periksa bateri phone

Selain masalah cable, penyebab lain seperti bateri juga boleh jadi punca proses charging tidak berjalan dengan normal. Oleh sebab itu, sentiasalah periksa keadaan bateri korang supaya proses charging boleh berfungsi dengan baik. Jika korang perasan bateri mula kembung, segeralah tukar kerana dikhuatiri akan merosakkan komponen lain.

Yang paling penting sekali, jangan overcharge phone korang. Kalau bateri dah penuh, cepat-cepat cabut cable kerana charging-port mempunyai komponen yang sensitif.

Sekiranya korang memerlukan bantuan pakar untuk atasi masalah charging-port, Gila Gadgets boleh bantu korang. Technician berpengalaman kami boleh bantu settlekan masalah korang. Yang mana tinggal di sekitar Hulu Langat sangatlah beruntung sebab korang boleh terus walk-in Gila Gadgets Hulu Langat untuk dapatkan servis repair phone yang trusted dan berkualiti

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Comments

Popular Posts